Thursday 3 October 2019

APA YANG BOLEH DIBUAT DENGAN PERMAINAN LEGO @ BLOCK


Aktiviti pertama yang saya nak share adalah bermain blok atau lego. Keluarga kami memilih FACO BLOCK kerana saiz yang sederhana besar, sesuai untuk 1 tahun ke atas. Harga pula mampu milik. 
Image result for faco blocks

Apa yang best bermain dengan permainan block ni? Haaa...untuk anak berumur 1 tahun, kita dah mula kenalkan WARNA dengan mereka. Boleh la kenalkan warna asas MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Boleh cuba asingkan warna dengan menggunakan block lego ni.


Aktiviti yang biasa dibuat dengan lego adalah SUSUN block lego BERTINGKAT-TINGKAT membentuk bangunan. Yang ni kepakaran nahdan masa umur 2 tahun. Tinggi tingkat yang dibina hampir mencecvah ketinggian dia. Dan aktiviti ini kita yang kena buat dulu. Kalau tak, anak tidak tahu kegunaan mainan ini.


Seterusnya aktiviti MEMBINA objek seperti haiwan, bangunan dan rumah. Yang ini Nahdan mahir bila umur hampir 3 tahun. Itupun saya dan abahnya akan ajar dulu, mereka dah boleh MENIRU aktiviti yang kita buat. Antara bangunan yang nahdan boleh bina adalah RUMAH, KLCC, MASJID dan KOLAM. Haiwan pula, UNTA, ZIRAFAH, BUAYA dan banyak lagi. Yang ini boleh tiru di kertas yang dilekatkan pada bekas mainan FACO BLOCK ini. Nahdan juga mula membina imaginasinya tersendiri. Dia akan mencipta KAPAL TERBANG, KERETA, KERTAPI, FIRE TRUCK dan VAN AMBULAN. 

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu bapa diluar sana yang masih mencari idea untuk pendedahan aktiviti kanak2 di rumah.










Wednesday 2 October 2019

PENGENALAN BLOG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Blog ini dibina untuk berkongsi pejalanan hidup insan bernama Ahmad Nahdan. 
Ahmad Nahdan bin Mohd Syahid dilahirkan pada 24 Ogos 2016 di KL. Saya sebagai ibunya akan selalu berkongsi kisah menarik dalam hidupnya terutama dalam bidang pendidikan awal akanak-kanak di rumah dan speech delay.

 

Ahmad Nahdan Journey Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting